Petunjuk Dan Sebab Lelaki Tidak Terpikat Dengan Anda
Bukan mudah memiliki hati seorang jejaka,tambahan si dia yang dikau puja. Hati seorang lelaki bukanlah sesukar yang disangka. Walaupun segigih mana anda cuba untuk menarik perhatiannya,ia bukan harga yang boleh dibeli . Tips dan sumber berikut bakal merungkai rahsia mengapa dia bukan untuk mu.
- Dia tidak tertarik dengan anda jika tidak menelefon anda
Jika si dia mengatakan tidak mempunyai masa untuk menelefon anda , ini bermaksud si dia tidak memikirkan untuk menelefon anda. Jika tak,si dia pasti akan menghubungi anda sekurang-kurangya sekali dalam sehari. Jika dia menggangap biasa saje,sahlah dia takkan mengingati anda.
- Dia tidak tertarik dengan anda jika tidak berniat mengahwini anda
Jika ada seorang lelaki yang temui mengucapkan tidak berkahwin atau tidak mempercayai perkahwinan,ia sudah pasti anda bukanlah calonnya .
Jika anda hairan kenapa lelaki kurang tertarik pada diri anda, artikel ini mungkin boleh beri anda gambaran kenapa anda sukar mendapat cinta dari seorang lelaki.
- Sebab pertama ; Kurang keyakinan diri.
Lelaki adalah kaum yang lebih pemalu dari perempuan. Mereka mungkin hebat dalam beberapa perkara, namun sifat pemalu adalah tinggi dalam beberapa perkara. Jika anda kurang keyakinan diri dan kurang bergaul dengan dia, dia tidak tahu anda berminat pada dia. Di sebabkan malu juga, dia tidak akan menegur anda jika anda bersikap tidak mesra kerana dia takut anda tidak akan layan dia semasa dia menegur anda.
- Sebab kedua : Anda tidak cool.
Cepat marah, melenting dan selalu merungut akan menyebabkan lelaki takut untuk menghampiri anda. Lelaki paling takut jika berhadapan dengan wanita yang penuh dengan sikap di atas. Anda perlu tenangkan diri dan sentiasa bersikap matang apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Melalui kematangan yang anda tunjuk, lelaki akan lebih mudah untuk jatuh cinta pada anda.
Sebab ketiga : Penampilan diri yang tidak menarik.
Lelaki selalunya akan jatuh cinta pada wanita yang jaga penampilan dirinya.Menjadi satu kebanggaan bagi lelaki apabila dia berjaya berdamping dengan seorang wanita yang tampil dengna penampilan yang menarik. Anda perlu jadi seorang wanita yang ceria dan sentiasa jaga pemakaian anda supaya sentiasa menarik.
No comments:
Post a Comment