Wednesday, 31 October 2012

Kata - kata Cinta


Apa itu Cinta Platonik?

Cinta Platonik adalah sebuah istilah yang dipakai untuk menyebut sebuah perkaitan kasih sayang, tetapi unsur-unsur rasa tarikan secara seksual tidak wujud.
Istilah ini diambil dari salah satu bahasa Yunani, Plato, terutama dari karyanya Symposium, yang tertulis bahawa cinta akan wujud daripada kebaikan adalah dasar dari semua kebajikan dan kebenaran.
Istilah Amor Platonicus, telah digunakan pada awal abad ke-15 oleh Marsilio Ficino, sebagai sinonim daripada "Amor Socraticus," yang merujuk kepada kasih sayang antara Socrates dan murid-muridnya.

biasanya, cinta platonik ni melibatkan dua orang lelaki dan perempuan.so.. maknanya kat sini, lelaki dan perempuan yang rapat. rapat lebih dari kawan tapi langsung takde perasaan cinta.hanya kasih sayang yang ada pada mereka. cewahh. ayat skema habis aima ni haa.cinta platonik ni juga ada melibatkan antara manusia dengan haiwan, barang peribadi, dan macam-macam lagi.

 

tapi kan, aima pernah dengar, serapat mana pun lelaki dan perempuan tu, memanglah diorang kata 'hanya kawan', tapi lama kelamaan akan wujud jugak satu perasaan lain selain sayang. iaitu CINTA. kan? banyak je kot yang tangkap cintan dengan kawan baik sendiri. haaa.. baik ngaku cepat.

No comments:

Post a Comment