Thursday, 15 November 2012

Apa yang dikatakan cinta

“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.” ~ Hamka

Memori Berkasih

Monday, 12 November 2012

Cinta itu Suci


Erti Sebuah Cinta Suci

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar Rum ayat 21)
Cinta pada dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan kesucian tergantung dari bingkainya. Ada bingkai yang suci dan halal dan ada bingkai yang kotor dan haram
Cinta mengandungi segala makna kasih sayang, keharmonian, penghargaan dan kerinduan, disamping mengandung persiapan untuk menempuh kehiduapan dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah ketertarikan secara luaran saja. Ketertarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah kerana itulah islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidaklah mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan tetapi islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu dan dilindungi dari segala kehinaan, maksiat dan apa saja yang mengotorinya.
Islam menyucikan perasaan cinta dan mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.
PERNIKAHAN TEMPAT BERMUARANYA CINTA
“Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan..”
 (Sunan Ibnu Majah)
Pernikahan dalam islam merupakan sebuah kewajipan bagi yang mampu. Dan bagi insan manusia yang saling menyintai pernikahan seharusnya menjadi tujuan utama mereka.
Kerana itulah percintaan yang tidak mengarah kepada pernikahan bahkan disertai hal-hal yang diharamkan agama sangat ditentang oleh islam. Cinta dalam pandangan islam bukanlah hanya sebuah perhubungan atas dasar nafsu semata-mata.
Ini kerana cinta memerlukan kematangan dan kedewasaan untuk membahagiakan pasangannya bukan menyengsarakannya dan bukan juga menjerumuskannya ke jurang maksiat.
Percintaan tanpa didasarkan dengan tujuan hendak menikah adalah sebuah perbuatan maksiat yang diharamkan oleh agama. Kerana batas antara cinta dan nafsu pada dua orang manusia yang saling menyintai sangatlah nipis sehingga pernikahan adalah sebuah ubat yang sangat tepat untuk mengubatinya.
Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang menjadikan Allah SWT sebagai sebabnya.  Cinta kerana Allah dengan meletakkan Allah sebagai cinta pertama. Dan tidak ada yang melebihi ikatan ini.
Dan inilah puncak segala kenikmatan cinta itu dimana kedua orang yang saling menyinta itu memilih untuk hidup bersama dan saling berjanji untuk saling mengasihi dan berkongsi hidup baik suka mahupun duka.

Thursday, 1 November 2012

I Love U


Teknik Misteri Ucap I love You

Cara untuk melafazkannya terbahagi kepada pelbagai kaedah mengikut tahap kegilaan anda menyintai si dia yang berjaya merangkul hati anda. Teknik misteri ucap i love you ini mungkin berguna bagi anda:
  • Mulakan bersembang dengan pasangan anda. kemudian, anda bawa topik perbualan kepada perkara yang boleh membuatkan mood dia tenang. Apabila dia tenang dan anda dapat rasakan dia sayang pada anda, anda ucapkan kata I love U dengan segera. Dia pasti akan terkejut dan mula memberi tindak balas positif.
  • Anda senyap dan biarkan dia bercerita apa yang dia mahu. Anda dengar apa yang dia sampaikan dengan kasih sayang. Kemudian, apabila perasaan kasih sayang anda sampai kemuncak, anda senyapkan dia dan pandang tepat pada matanya serta sebut I love U.
  • Selain gunakan mulut, anda juga boleh luahkan perkataan I love U melalui perbuatan. Korbankan apa yang perlu untuk bahagiakan dia juga salah satu cara untuk anda berkata I love U. Anda luahkan kata cinta melalui sekecil – kecil perbuatan hingga sebesar – besar perbuatan.
  • Ungkapkan kata I love U ketika anda sedang bergurau senda dengan dia juga adalah masa yang tepat juga. Ini kerana, mood anda berdua lebih terbuka untuk menerima apa yang ingin di sampaikan pasangan.
  • Buat-buat ketawa jika si dia cuba membuat lawak yang sama .
  • Pakai pakaian yang diminati olehnya .
  • Beli aiskrim kegemarannya dan bukan yang anda suka.
  • Puji kecantikannya .
  • Apabila anda jumpa dia, anda sentiasa hadiahkan senyuman. Senyum menandakan anda senang hati apabila bersama dengan dia. Jadi, rasa cinta itu sentiasa akan ada dalam hati masing – masing.
  • Selalulah menulis nota – nota cinta untuk di beri pada pasangan anda. Anda boleh beri ketika anda berjumpa atau anda curi – curi selitkan nota tersebut pada poket dia, di kereta dia atau di beg dia. Apabila dia terbaca, dia pasti akan terharu dan bertambah cinta.
  • Sentiasa jaga penampilan untuk kekasih anda. Jadi, dia akan berbangga dengan penampilan baik yang anda ada.
  • Sekali sekala anda berikan pasangan anda makanan yang anda masak sendiri. Dia pasti terharu dengan tindakan anda.
  • Apabila pasangan anda ingin utarakan sesuatu, anda jadi pendengar setia dia. Berikan dia semangat untuk terus maju dan berjaya.
  • Sentiasa cakap pada dia bahawa anda sangat sayangkan dia dan cintakan dia.
Mengucapkan i love you sebenarnya mudah,tapi jika ia bukanlah lahir dari hati yang ikhlas dan jujur ,maka anda bakal menempohi pelbagai rintangan dan dugaan . Inilah rahsia orang  bercinta”berkawan biar beribu,bercinta hanya satu”.